Monday, December 21, 2009

Agama Bangsa Dan Negara

Assalamualaikum wrt wbt

Pertama nya saya amat berharap semuga kita sentiasa ingat kepada Allah swt kerana Allah swt selalu ingat akan kita maka amat wajar lah kalau ingatan Allah swt kepada kita itu dapat lah kita balas kepada Nya sebagai tanda kita sebagai manusia. Saya berkata demikian kerana dalam keadaan dunia akhir2 ini amat lah tidak tenang dan tidak menentu maka keadaan ini telah memberi kesan kepada negara kita. Sebagai manusia kita tidak lah mengetahui apa2 melainkan apa yang di kehendaki Nya ke atas diri kita.

Sebelum kita pergi lebih jauh saya ingat memberitau sesuatu perkara yang merupakan pengetahuan bagi diri saya. Apa2 perkara yang saya sampai kan di sini adalah pengetahuan saya. Untuk makluman ilmu itu adalah pengetahuan. Ilmu itu terjadi setelah kita tau. Maka pengetahuan itu telah menjadi ilmu kepada sesiapa yang telah mendapat pengetahuan itu. Sebab itu orang2 yang berilmu itu adalah orang2 yang beramanah dan bijaksana. Kenapa saya berkata demikian kerana ilmu ini banyak. Cuma mereka yang memiliki ilmu yang sejati sahaja lah yang mempunyai sifat2 yang amanah dan bijaksana. Kita tidak dapat ilmu yang sejati kalau kita memperolehi nya melalui membaca. Kerana dengan membaca kita tidak melalui nya. Apabila kita tidak melalui nya maka kita tidak memahami ilmu itu dengan sebenar nya. Jadi kemungkinan besar kefahaman kita tentang ilmu itu tidak tepat dan ini sangat membahaya kalau kita sebar kan kepada orang ramai. Kerana banyak manusia ini tidak berfikir dalam2 dan akan mempergunakan ilmu2 itu berdasarkan nafsu mereka.

Penulis2 blog harus menunaikan tanggung jawab mereka kepada Allah swt. Adalah harus ingat sesungguh nya setiap yang kita lakukan di dunia ini akan di hitungkan nanti oleh Allah swt. Jangan lah penulis menjual diri mereka kepada neraka kerana keinginan kepada keuntungan yang sedikit. Semuga Allah swt memberi rahmat kepada semua penulis2 blog agar mereka akan di tunjuki jalan yang lurus.